PENGASUH-PENGASUH NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM ASUHAN BONDANYA
Nabi Muhammad s.a.w diasuh oleh beberapa orang pengasuh.
Selepas Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan Baginda diasuh oleh bondanya sendiri iaitu AMINAH BINTI WAHAB.
Kemudian Baginda diserahkan kepada SUWAIBAH AL-ASLAMIYAH untuk disusukan.
Selepas sebulan Baginda diserahkan pula kepada HALIMATUS SAADIAH yang tinggal diperkampungan BANI SAAD iaitu dipinggir kota Mekah untuk di asuh dan disusukan.
Nabi Muhammad s.a.w dibesarkan bersama anak HALIMATUS SAADIAH yang bernama Abdullah.
Nabi Muhammad s.a.w membesar dengan cepat...Ketika berumur 2 tahun,fizikal Baginda menyamai budak lelaki berumur 4 tahun dan Baginda sudah fasih bercakap ketika itu.
Ketika Nabi Muhammad berumur 6 tahun,Baginda diserahkan kembali kepada bondanya AMINAH.
Selepas itu AMINAH membawa Nabi Muhammad s.a.w melawat pusara suaminya di Madinah bertemankan UMMU AIMAN dan tinggal di Madinah selama beberapa bulan.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah AMINAH telah jatuh sakit dan wafat dikampungnya bernama ABWA'
Amel,
Baca nota PENGASUH-PENGASUH NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM ASUHAN BONDANYA (Sirah) Bab 1 Tahun 2...Good luck!!!
Nota ringkas dan mudah difahami. Sangat membantu. Terima kasih semoga diberkati Allah.
BalasPadam